Penerbitan Hadiah Dari Tuhan

Penggambaran dijalankan pada hujung November 2020. Untuk drama ini, penerbit Country & Universal, Jalena Rejab menumpukan perhatian kepada kehidupan pegawai barisan hadapan yang bertungkus-lumus menentang penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[4] Hadiah Dari Tuhan ialah drama TV pertama lakonan Izreen Azminda dalam tempoh tiga tahun sejak Tukar-Tukar Menu (2017).[5] Riena Diana dalam satu sidang media drama ini menjelaskan watak Ika Nabila lakonannya memiliki sisi berbeza daripada watak lakonan terdahulu.[6]

Siaran

Hadiah Daripada Tuhan memulakan tayangan perdana di slot Lestary bermula 30 Disember 2020 menggantikan Sang Pewaris.[7] Setakat Januari 2021, drama ini boleh ditonton secara dalam talian di laman web tonton.com.my dan iQiyi.[8]